Isnin, 23 April 2018

BENARKAH MADU TAK SESUAI UNTUK BAYI



MADU MERAWAT MASALAH RADANG USUS BAYI



Terdapat kajian yang disiarkan di dalam British Medical Journal yang melapurkan kesan menambah madu ke dalam ORS (oral dehydration solution) yang digunakan untuk mengembalikan tenaga, air dan mineral ke dalam badan bayi yang mengalami radang usus ataupun gastroenteritis. 

Madu digunakan sebagai pengganti gula di dalam ORS.

 Penulis melaporkan bahawa penggunaan madu mengurangkan gejala cirit-birit yang dialami oleh bayi. 

Jadi ia mungkin dapat menjadi alternative kepada gula di dalam ORS. 
Ciri-ciri antibacteria yang terdapat pada madu mungkin dapat membunuh kuman yang bertanggungjawab terhadap radang usus. 

Dalam keadaan ini madu bukan bertujuan untuk merawat tetapi lebih kepada rawatan sokongan. Ini adalah kajian yang berbentuk Case Report ataupun testimony dan bukti daripada kajian seumpama ini adalah lemah. 

 Saya ingin mencadangkan supaya orang ramai terlebih dahulu membawa anak-anak berjumpa dengan doctor kanak-kanak jika anak-anak mereka mengalami cirit birit kerana terdapat banyak kemungkinan punca cirit-birit. 
Merawat sendiri anak-anak yang mengalami cirit birit boleh memudaratkan


Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
MD,MOG (UKM),FGO(S'pore),AM
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Kementerian Kesihatan Malaysia


NAK CARI MADU TERBAIK ?

Tiada ulasan:

KENAPA MADU SIDIR