Khasiat Madu




Madu adalah merupakan salah satu di antara beberapa makanan yang disebut di dalam kitab Al-Quran di mana di sebalik penciptaan madu itu terkandung ribuan rahmat dan faedah kepada manusia serta makhluk lain yang mendiami bumi ini.

Artikel ini ingin menghebahkan tentang khasiat madu lebah. Madu lebah memang diakui mempunyai pelbagai khasiat. Ia merupakan penawar kepada pelbagai penyakit. Contohnya, madu lebah dari pokok strawberi di Sardinia, Itali terkenal kerana kesan terapeutiknya yang hebat; madu lebah dari pokok teratai di India boleh merawat penyakit mata; madu lebah Manuka dari New Zealand memang terkenal kerana kesan antiseptiknya yang mengagumkan kerana mampu membunuh bakteria, fungus atau protozoa dan kuman-kuman luka serta ulser.[1] Terdapat banyak lagi khasiat madu lebah ini yang sememangnya didalilkan dalam Al-Quran berkenaannya sebagaimana di dalam Surah An-Nahl; Ayat 69 yang berbunyi “Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia”.

Madu lebah ialah nectar yang pekat dan juga makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang dicampur dengan debunga atau pollenmenjadi makanan asas bagi lebah pada peringkat larva. Madu lebah mengandungi gula asli glukosadan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesiumpotassiumkalsiumsodiumklorin, belerang dan zat besi.[2]


Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 – 26 September 1993 di China.[3] Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada merekasembuh sepenuhnya. Di persidangan yang sama, doktor-doktor dari Poland memberitahu para perwakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam merawat penyakit buasir, penyakit kulit dan sakit puan.[4]


Kajian sains menunjukkan madu lebah kaya dengan bahan antioksidan. Antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas atau free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan akan bertindak ke atas sel-sel sehingga akhirnya melemahkan badan dan sebahagian daripada sel-sel itu boleh bertukar menjadi kanser. Di samping itu, antioksidan juga berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak. Antara antioksidan yang terdapat di dalam madu lebah adalah flavonoidyang mampu mengawal pengaliran darah dan tisu serta mencegah kanser.[5]


Ada pelbagai lagi khasiat atau manfaat madu lebah yang boleh diringkaskan[6] seperti berikut:
Manfaat 1 – Satu kilo madu memiliki 3280 kalori atau sama dengan 50 telur atau sama dengan 1.68 kilogram daging atau sama dengan 5.5 gelas susu.
Manfaat 2 – Sifat madu yang mudah diserap oleh tubuh bertukar menjadi tenaga dan membantu sistem pencernaan sehingga mampu mengurangkan berat badan.
Manfaat 3 – Perut yang sensitif sekalipun mampu mencerna madu atas sifatnya yang unik dan sekaligus membantu usus dan ginjal untuk bekerja lebih baik.
Manfaat 4 – Dalam tempoh 7 minit, madu boleh menambah stamina tubuh dan mampu mengawal lelah.
Manfaat 5 – Mencegah masalah pembuluh darah, membersihkan darah bagi mengelakkan arteriosclerosis.
Manfaat 6 – Berfungsi sebagai antibiotik yang dapat melindungi serangan kuman seperti pathogen dan bakteria.
Manfaat 7 – Madu juga boleh menjadi ekspektoran dan desinfektan ringan yang membersihkan kahak, mengubati radang dan tekak yang kering.
Manfaat 8 – Mengubati luka dan mengelak jangkitan luka, kanser dan luka kulit.
Manfaat 9 – Memperkuatkan sel darah putih yang dapat membunuh bakteria-bakteria jahat seperti E. ColiVibrio Cholera dan sebagainya.
Manfaat 10 – Mampu membangkit ghairah seksual.
Manfaat 11 – Mengurangkan kesan yang ditimbulkan oleh racun.
Manfaat 12 – Berfungsi mengawet makanan supaya jauh lebih segar dan tahan lama; dan
Manfaat 13 – Mampu mengatasi masalah sukar mengawal kencing oleh kanak-kanak.


            Tidak dinafikan bahawa Allah s.w.t menjadikan madu sebagai makanan yang menyihatkan dan penawar kepada pelbagai penyakit serta membawa manfaat kepada manusia. Semoga amalan pengambilan madu ini dapat diamalkan secara konsisten untuk faedah kesihatan yang berpanjangan.



Disediakan oleh:
TPR Yusaini Amer bin Abdul Karim
TPR Andi Razalijaya bin A Dadi
Bahagian Perbicaraan & Rayuan
1 Oktober 2013.


Madu Sidir Asli 100% dari Yaman .
Tempahan terus direct dengan kami 
019 6029839
019 6029839

Comments