Selasa, 16 Jun 2020

12 `khasiat` Madu yang perlu anda tahu



Telah tertulis di daam Al-Quran kelebihan Madu dan juga kehebatannya dalam memeberi penawar kepada manusia...

seperti tidak logik lebah makhluk  yang Allah jadikan berbadan kecil hanya menghirup madu yang kita tidak nampak di bunga-bunga tetapi boleh menghasilkan penawar yang begitu hebat bagi Manusia. itulah rahsia yang Allah berikan kepada lebah sehingga kisah kehebatan lebah tertulis di dalam Al-Quran...


Terdapat banyak khasiat yang terkandung dalam Madu. Hanya pengamal Madu sahaja yang dapat mengenali khasiat madu lebah . orang yang ragu-ragu dengan Madu lebah mereka tidak kenal bagaimana kehebatan Madu lebah asli itu sendiri... Bukan hanya ragu-ragu malah ada yang takut mencuba makan Madu sedangkan Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat gemar mengamalkan makan Madu . 







Ada pelbagai  khasiat atau manfaat madu lebah yang perlu kita tahu antaranya 13 khasiat yang telah saya kumpulkan : 


Manfaat #1 
 Satu kilo madu memiliki 3280 kalori atau sama dengan 50 telur atau sama dengan 1.68 kilogram daging atau sama dengan 5.5 gelas susu.



Manfaat #2 
Sifat madu yang mudah diserap oleh tubuh bertukar menjadi tenaga dan membantu sistem pencernaan sehingga mampu mengurangkan berat badan.


Manfaat #3 
Perut yang sensitif sekalipun mampu mencerna madu atas sifatnya yang unik dan sekaligus membantu usus dan ginjal untuk bekerja lebih baik.

Manfaat #4 
Dalam tempoh 7 minit, madu boleh menambah stamina tubuh dan mampu mengawal lelah.


Manfaat #5 
Mencegah masalah pembuluh darah, membersihkan darah bagi mengelakkan arteriosclerosis.

Manfaat #6 
Berfungsi sebagai antibiotik yang dapat melindungi serangan kuman seperti pathogen dan bakteria.


Manfaat #7 
Madu juga boleh menjadi ekspektoran dan desinfektan ringan yang membersihkan kahak, mengubati radang dan tekak yang kering.


Manfaat #8 
 Mengubati luka dan mengelak jangkitan luka, kanser dan luka kulit.


Manfaat #9  
Memperkuatkan sel darah putih yang dapat membunuh bakteria-bakteria jahat seperti E. ColiVibrio Cholera dan sebagainya.

Manfaat #10 
 Mampu membangkit ghairah seksual.


Manfaat #11  
Mengurangkan kesan yang ditimbulkan oleh racun.


Manfaat #12 
 Mampu mengatasi masalah sukar mengawal kencing oleh kanak-kanak.

Jumaat, 12 Jun 2020

Bagaimana nak kenal Madu Yaman yang betul ?


Ramai tercari-carai madu yaman di pasaran . tak kira pasaran offline atau online kerana madu yaman sudah mudah dicari di dalam pasaran termasuk di Lazada dan Shopee.

ada yang jumpa madu yaman dijual dengan harga yang mahal dan ada yang jumpa Madu Yaman dijualdengan harga yang murah .



Bagaimana timbul perbagai harga sedangkan semuanya dikatakan Madu dari Yaman ?

Baik, biar saya ceritakan tentang Madu Yaman dan jenis-jenis Madu Yaman yang ramai tak tahu.

Sebenarnya di Yaman terdapat beberapa jenis Madu dan setiap madu terdapat gred-gred yang berbeza. dan setiap jenis Madu mempunyai nama-nama sendiri.

Antaranya :

#1. MADU SIDIR

Madu Sidir adalah madu yang paling terkenal di Yaman. Madu ini juga mendapat permintaan yang tinggi kerana Khasiat dan kualaiti madu ini diakui sendiri oleh pengamal Madu.
jika sebut saja negara Yaman, para peminta Madu akan tertanya madu Sidir.
ianya juga menjadi buruan para peminat madu sehingga golongan raja-raja arab dan bangsawan sering mencari Madu Sidir dari Yaman.

Madu Sidir memunyai perbagai gred. bermula dari gred yang rendah dan yang paling Premium.

di segi Harga memang Madu sidir mempunyai harga yang tinggi dan mahal sehinggakan ada yang berharga USD1000 perkilo (RM4300) ini kerana madu sidir mempunyai kelebihan mampu kuasa penyembuhan yang terbaik berbanding dengan madu-madu lain.

Walaupun harganya agak tinggi akan tetapi para penggemar Madu Sidir tetap mencarinya madu ini setiap bulan. kerana mereka mengenali kelebihan madu sidir itu sendiri.

Harga pasaran Madu Sidir antara RM400 - RM1000 perkilo (bergantung pada gred)



#2. MADU SUMUR

Madu Sumur adalah Madu yaman yang terhasil dari pokok Sumrah atau dipanggil sebagai pokok akasia. warnya pulak agak gelap lepbh gelap dari madu Sidir
Madu ini sering terhasil setiap bulan tanpa musim .
ianya Madu yang baik diamalkan sebagai supliment dan juga sesuai untuk orang yang mempunyai sakit `Athma` / Lelah dan sering batuk-batuk.

Madu Sumur harganya agak murah sikit berbanding Madu Sidir. ini kerana madu ini mudah didapati pada setiap musim.

di segi khasiat tidaklah berbeza sangat  dengan madu-madu lain, cuma disegi kuasa penyembuhan madu ini agak lebih `soft` dan tidaklah seperti madu sidir. ia amat sesuai dijadikan makanan supliment harian untuk kanak-kanak.

Harga pasaran Madu Sumur antara RM200 - RM350 perkilo

Baca juga : Di mana nak dapatkan Madu Sidir Premium ?


#3. MADU MARAIE

Madu ini adalah madu yang paling murah di Yaman. iainya tidak seperti Madu Sidir dan Madu Sumur kerana terhasil dari perbagai pokok dan tidak tertumpu pada pokok yang khusus.

warnanya juga tidak berbeza dengan Madu Sidir.
ada sesetengah orang menyangka Madu Maraie adalah Madu Sidir sedangkan bukan Madu Sidir.
Harganya juga Murah berbanding dengan Madu Sidir dan Madu Sumur.

Orang-orang Arab suka jadikan Madu Maraie sebagai Madu yang dimakan dengan roti atau Madu dibuat  masakan.

Kebanyakan orang membeli Madu Maraie di pasaran online atau di kedai mereka menyangka telah membeli madu Sidir kerana harganya yang terlalu murah.

Selalunya madu yaman yang dijual dengan harga yang murah bukan Madu Sidir , tetapi Madu Maraie.

Harga pasaran Madu Maraie antara RM100-RM200 perkilo.


Baca juga : Kedai Madu Sidir online





KENAPA MADU SIDIR