Jumaat, 12 Jun 2020

Bagaimana nak kenal Madu Yaman yang betul ?


Ramai tercari-carai madu yaman di pasaran . tak kira pasaran offline atau online kerana madu yaman sudah mudah dicari di dalam pasaran termasuk di Lazada dan Shopee.

ada yang jumpa madu yaman dijual dengan harga yang mahal dan ada yang jumpa Madu Yaman dijualdengan harga yang murah .



Bagaimana timbul perbagai harga sedangkan semuanya dikatakan Madu dari Yaman ?

Baik, biar saya ceritakan tentang Madu Yaman dan jenis-jenis Madu Yaman yang ramai tak tahu.

Sebenarnya di Yaman terdapat beberapa jenis Madu dan setiap madu terdapat gred-gred yang berbeza. dan setiap jenis Madu mempunyai nama-nama sendiri.

Antaranya :

#1. MADU SIDIR

Madu Sidir adalah madu yang paling terkenal di Yaman. Madu ini juga mendapat permintaan yang tinggi kerana Khasiat dan kualaiti madu ini diakui sendiri oleh pengamal Madu.
jika sebut saja negara Yaman, para peminta Madu akan tertanya madu Sidir.
ianya juga menjadi buruan para peminat madu sehingga golongan raja-raja arab dan bangsawan sering mencari Madu Sidir dari Yaman.

Madu Sidir memunyai perbagai gred. bermula dari gred yang rendah dan yang paling Premium.

di segi Harga memang Madu sidir mempunyai harga yang tinggi dan mahal sehinggakan ada yang berharga USD1000 perkilo (RM4300) ini kerana madu sidir mempunyai kelebihan mampu kuasa penyembuhan yang terbaik berbanding dengan madu-madu lain.

Walaupun harganya agak tinggi akan tetapi para penggemar Madu Sidir tetap mencarinya madu ini setiap bulan. kerana mereka mengenali kelebihan madu sidir itu sendiri.

Harga pasaran Madu Sidir antara RM400 - RM1000 perkilo (bergantung pada gred)



#2. MADU SUMUR

Madu Sumur adalah Madu yaman yang terhasil dari pokok Sumrah atau dipanggil sebagai pokok akasia. warnya pulak agak gelap lepbh gelap dari madu Sidir
Madu ini sering terhasil setiap bulan tanpa musim .
ianya Madu yang baik diamalkan sebagai supliment dan juga sesuai untuk orang yang mempunyai sakit `Athma` / Lelah dan sering batuk-batuk.

Madu Sumur harganya agak murah sikit berbanding Madu Sidir. ini kerana madu ini mudah didapati pada setiap musim.

di segi khasiat tidaklah berbeza sangat  dengan madu-madu lain, cuma disegi kuasa penyembuhan madu ini agak lebih `soft` dan tidaklah seperti madu sidir. ia amat sesuai dijadikan makanan supliment harian untuk kanak-kanak.

Harga pasaran Madu Sumur antara RM200 - RM350 perkilo

Baca juga : Di mana nak dapatkan Madu Sidir Premium ?


#3. MADU MARAIE

Madu ini adalah madu yang paling murah di Yaman. iainya tidak seperti Madu Sidir dan Madu Sumur kerana terhasil dari perbagai pokok dan tidak tertumpu pada pokok yang khusus.

warnanya juga tidak berbeza dengan Madu Sidir.
ada sesetengah orang menyangka Madu Maraie adalah Madu Sidir sedangkan bukan Madu Sidir.
Harganya juga Murah berbanding dengan Madu Sidir dan Madu Sumur.

Orang-orang Arab suka jadikan Madu Maraie sebagai Madu yang dimakan dengan roti atau Madu dibuat  masakan.

Kebanyakan orang membeli Madu Maraie di pasaran online atau di kedai mereka menyangka telah membeli madu Sidir kerana harganya yang terlalu murah.

Selalunya madu yaman yang dijual dengan harga yang murah bukan Madu Sidir , tetapi Madu Maraie.

Harga pasaran Madu Maraie antara RM100-RM200 perkilo.


Baca juga : Kedai Madu Sidir online





Tiada ulasan:

KENAPA MADU SIDIR