Rabu, 11 Mac 2020

Madu Juga sebagai Anti Bacteria



Setiap hari masyarakat seluruh dunia mengikuti perkembangan tentang Wabak yg sedang dunia hari ini. 


Semakin hari jumlah pesakit semakin meningkat. Rata2 berita mengatakan ubat sukar didapati , jika ada pun belum tentu bekalan ubat tu cukup atau tidak... 

Saya bukanlah pakar dalam bab kesiahatan dan bukanlah seorang Doktor medic. 
Tapi saya cuba mencari jalan ikhtiar utk mengelak wabak Covid merebak ke dalam family saya sendiri... sehinggakan saya baca di portal web berita al-Jazera pun kata di Timur tengah juga mengalami masalah tiada ubat untuk mengubati virus corona ini . sebab tu kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan umat Islam dari negara lain datang ke negaranya untuk menunaikan Ibadah Umrah. 


Bermula dari saya mengGoogle dan menyelak beberapa kitab2 sejarah bagaimana orang2 dulu mencari penawar utk merawat dgn Virus. 

Banyak kisah2 sejarah tentang Waba' dan virus dari zaman dulu. 
Ketika Zaman Rasulullah s.a.w hidup Juga pernah berlaku satu waba'. iaitu Wabak unta . 

Dan ada hadis Nabi berpesan supaya kita tutup bekas makanan, tutup belas minuman , tutup pintu rumah ketika waktu malam kerana waba akan datang tak tahu bila. Dalam setahun tu tak tahu pada malam bila waba akan datang pada kita. 

Dengan pesanan ini maka kita perlu ingat pertama sekali makanan jangan biar terbuka. Bekas2 minuman juga perlu ditutup. 

Keduanya pintu rumah juga perlu ditutup pd waktu malam. Jangan biar terbuka.. dikhuatiri waba akan datang masuk ke rumah. 

Selain pada tu saya tercari2 apakah penawar atau ubat yg Nabi dan para sahabat amalkan ? 

Memang tiada diceritakan apakah jenis ubat yg orang zaman tu makan. Tetapi ada satu hadis yg mana ulama mentakwilkan kebarangkalian zaman Nabi mereka jadikan Madu dan Habbatusawda sebagai penawar Virus ketika itu.  
Berdasarkan  dari hadis yg mana seoarang lelaki datang mengadu pada Nabi bahawa dia mengalami sakit perut, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh lelaki tu minum madu
Setelah lelaki tu minum madu masih lagi sakit perut, dia datang mengadu lagi pada Rasulullah s.a.w, 
Rasulullah tetap suruh minum lagi. 
Setelah kali kedua minum, lelaki ni masih belum sembuh salit perutnya. 
Dia mengadu lagi kali ketiga pada Rasulullah. Lalu Rasulullah tetap berkata benda yg sama iaitu minumlah Madu. Selepas 3 kali minum madu, sakit perut pemuda tadi sembuh. 

Dan Madu Juga satu2nya penawar yg Allah sebut dalam AlQuran... 

Kedua, Nabi pernah bersabda bahasa HabbatusSawda ubat segala penyakit kecuali mati... 

Jadi Ulama mengatakan Ubat yg menjadi amalan pada zaman tu mungkin *Madu dan Habbatussawda'




Kerana Madu dan HabbatusSawda mempunyai kelebihan yg hampir sama. Berbezanya Madu dikeluarkan dari perut lebah dan HabbatusSawda datang dari pokok. 

Kedua2 ini mampu bertindak sebagai anti Bacteria  dalam badan Manusia . 

Sekadar perkongsian Saya saja. 
Sihat dan sakit hanya dari Allah..
Kita hanya berusaha mencari penawar saja...


Dipetik dari blog : http://taufiqamini.blogpot.com



ingin dapatkan Madu yang terbaik , Sila klik di sini : www.madusidir.my

Tiada ulasan:

KENAPA MADU SIDIR