Rabu, 11 Mac 2020

Madu Juga sebagai Anti Bacteria



Setiap hari masyarakat seluruh dunia mengikuti perkembangan tentang Wabak yg sedang dunia hari ini. 


Semakin hari jumlah pesakit semakin meningkat. Rata2 berita mengatakan ubat sukar didapati , jika ada pun belum tentu bekalan ubat tu cukup atau tidak... 

Saya bukanlah pakar dalam bab kesiahatan dan bukanlah seorang Doktor medic. 
Tapi saya cuba mencari jalan ikhtiar utk mengelak wabak Covid merebak ke dalam family saya sendiri... sehinggakan saya baca di portal web berita al-Jazera pun kata di Timur tengah juga mengalami masalah tiada ubat untuk mengubati virus corona ini . sebab tu kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan umat Islam dari negara lain datang ke negaranya untuk menunaikan Ibadah Umrah. 


Bermula dari saya mengGoogle dan menyelak beberapa kitab2 sejarah bagaimana orang2 dulu mencari penawar utk merawat dgn Virus. 

Banyak kisah2 sejarah tentang Waba' dan virus dari zaman dulu. 
Ketika Zaman Rasulullah s.a.w hidup Juga pernah berlaku satu waba'. iaitu Wabak unta . 

Dan ada hadis Nabi berpesan supaya kita tutup bekas makanan, tutup belas minuman , tutup pintu rumah ketika waktu malam kerana waba akan datang tak tahu bila. Dalam setahun tu tak tahu pada malam bila waba akan datang pada kita. 

Dengan pesanan ini maka kita perlu ingat pertama sekali makanan jangan biar terbuka. Bekas2 minuman juga perlu ditutup. 

Keduanya pintu rumah juga perlu ditutup pd waktu malam. Jangan biar terbuka.. dikhuatiri waba akan datang masuk ke rumah. 

Selain pada tu saya tercari2 apakah penawar atau ubat yg Nabi dan para sahabat amalkan ? 

Memang tiada diceritakan apakah jenis ubat yg orang zaman tu makan. Tetapi ada satu hadis yg mana ulama mentakwilkan kebarangkalian zaman Nabi mereka jadikan Madu dan Habbatusawda sebagai penawar Virus ketika itu.  
Berdasarkan  dari hadis yg mana seoarang lelaki datang mengadu pada Nabi bahawa dia mengalami sakit perut, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh lelaki tu minum madu, 
Setelah lelaki tu minum madu masih lagi sakit perut, dia datang mengadu lagi pada Rasulullah s.a.w, 
Rasulullah tetap suruh minum lagi. 
Setelah kali kedua minum, lelaki ni masih belum sembuh salit perutnya. 
Dia mengadu lagi kali ketiga pada Rasulullah. Lalu Rasulullah tetap berkata benda yg sama iaitu minumlah Madu. Selepas 3 kali minum madu, sakit perut pemuda tadi sembuh. 

Dan Madu Juga satu2nya penawar yg Allah sebut dalam AlQuran... 

Kedua, Nabi pernah bersabda bahasa HabbatusSawda ubat segala penyakit kecuali mati... 

Jadi Ulama mengatakan Ubat yg menjadi amalan pada zaman tu mungkin *Madu dan Habbatussawda'




Kerana Madu dan HabbatusSawda mempunyai kelebihan yg hampir sama. Berbezanya Madu dikeluarkan dari perut lebah dan HabbatusSawda datang dari pokok. 

Kedua2 ini mampu bertindak sebagai anti Bacteria  dalam badan Manusia . 

Sekadar perkongsian Saya saja. 
Sihat dan sakit hanya dari Allah..
Kita hanya berusaha mencari penawar saja...


Dipetik dari blog : http://taufiqamini.blogpot.com



ingin dapatkan Madu yang terbaik , Sila klik di sini : www.madusidir.my

MADU SIDIR SEBAGAI `HIGHLY POTENT`

Pokok Sidr (bidara) akan menghasilkan nektar pada bunga yang mana terdapat banyak perbezaan kualiti kerana jenis tanah, cuaca, iklim dan kaedah pemprosesan. Kajian pakar mendapati sumber bunga, suhu dan sifat tanah memberikan kualiti madu dengan ketara. Ia memberikan warna, rasa, bau dan nilai pasaran madu Sidir Yaman ini. Faktor lain yang penting adalah nilai perubatan dan nilai kesihatan untuk manusia. Lebah akan mengunjungi bunga sidir yang mekar dan mengumpulkan madu mengikut musim. Bunga sidir yang keluar sepanjang tahun menjadikan industri ternakan lebah dan penghasilan madu ini menjadi pilihan terbaik.


Madu ini telah dikelaskan sebagai "HIGHLY POTENT" iaitu `potensi yang tinggi untk penyembuhan`  kerana selalunnya penternak madu ini mengikuti teknik penternakan yang ketat untuk menjamin kualiti madu sidir yaman untuk pasaran dunia. Penternak lebah Madu Sidir sanggup membiarkan lebah mereka mati akibat kekurangan makanan daripada memberikan larutan gula untuk menjamin ketulinan dan kualiti madu. Lebah ini dibiarkan mengutip nektar daripada pokok sidir dengan kemampuan mereka sendiri. Pokok Sidr yang tumbuh dikawasan GURUN (Desert) secara liar dan wild merupakan pokok yang dikelaskan sebagai Pokok Organik kerana tidak pernah diberikan baja atau kimia lain. Ia menjanjikan Madu Organik. Di Yaman tidak akan menggunakan alatan mesin moden sebaliknya hanya akan menggunakan dan pisau semasa menuai dan memprosesnya dengan menuang, tidak dipanaskan semasa asli dan menyimpannya dalam bekas untuk membolehkan proses hidupan enzymatic constituents berlaku.



Walaupun harga Madu Sidir Yaman ini mahal namun banyak kelebihannya berbanding madu biasa. Bagi yang berminat untuk dapatkan Madu Sidir Yaman yang dijamin asli boleh hubungi kawan saya Taufiq Amini Al-Yamani yang pakar ilmu madu asli Yaman. Beliau sendiri telah pergi melawat ladang ternakan lebah madu Yaman dan mengetahui cara mengenalpasti keaslian madu Yaman.

Petikan dari Facebook : Khairul Anam Atfal Musleh

Untuk tempahan Madu Sidir 
Sila klik 👉🏻 Order Madu Sidir

Khasiat Madu Sidir





Madu Sidr dikenali sebagai madu semulajadi yang terhasil dari lebah dengan memakan makanan dari bunga pohon Sidir sebelum mereka menjadi buah, dan ia juga dipanggil dengan beberapa nama seperti pokok, iaitu: al-Nabq, al-`Alb dan dum. dan Madu yang paling tinggi kualiti adalah madu sidir.

Madu sidir juga  diketegorikan sebagai yang madu paling mahal dan madu asli yang terbaik kerana iainya mepunyai  rasa yang berbeza. 



Dari segi ketahanan kualitinya pula , Madu sidir mampu mengekalkan kualitinya lebih  dua tahun malah  lebih lama lagi, semakin lama warnanya akan berubah menjadi semakin gelap. 

Madu sidir tidak dapat di kawasan-kawasan lain .
ianya hanya boleh didapati di kawasan yang terdapat pokok sidir sahaja. di mana pokok-pokok ini banyak di dapati di negara Yemen, boleh dikatakan kebanyakan madu sidir hanya terhasil di negara arab Yaman.  
dan tempat-tempat yang banyak menghasilkan Madu  di Yaman seperti : Daw`an Hadramout,  
madu ini juga mempunyai perbagai gred. dari gred yang biasa sehinggalah gred yang paling tinggi...




antara kelebihan Madu  Sidir iailah  mampu merawat masalah jantung dengan mengambil satu sudu pada perut kosong setiap hari. Tubuh ini dikompensasi untuk gula yang dikonsumsi oleh tubuh kerana usaha mental dan fizikal. Menguatkan jantung dan ototnya. Ia sesuai dijadikan penawar dan juga supliment harian  untuk lelaki dan perempuan dan juga kanak-kanak.
 kerana ia mudah dicerna dan tidak menjadi keras di dalam perut selama lamanya. 

Ia juga membantu dalam pertumbuhan dan lindungi gigi. 
Ia menghalang keasidan perut yang berlebihan.
Ia merawat masalah sistem saraf. 
ia juga  melindungi tubuh dari jangkitan penyakit, karena ianya mengandungi prostaglandin. 
ia juga Mengatur tekanan darah dan meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah. 
Ia juga merawat masalah mata (kornea, kelopak mata dan ulser). 
Ia merawat cirit-birit kanak-kanak, selalu cirit birit, dan kencing atas tilam ketika tidur. 
Ia diberikan kepada wanita hamil untuk melindungi keguguran ketika melahirkan anak. Ia menyembuhkan masalah kekerapan ingin buang air kecil pada orang tua caranya makan madu sidir  pada waktu perut kosong dengan satu sudu sehari.
Ianya juga menguatkan hubungan seks dan intim  pasangan suami isteri.
 Ia merawat romatisme, 

Gred paling terbaik adalah madu dari kawasan gunung. kelebihan yang ada pada madu sidir juga iainya adalah anti-bakteria. Ia sesuai uga di amalauntuk yang mengalami masalah sakit kepala dan kurang tidur dengan mencampurkan madu dengan susu panas. Ia berhenti berdarah dan menyembuhkan sakit sendi. 
Ia sesuai juga untuk merawat luka dan luka bakar (melecur) dengan cara menyapu madu sidir pada tempat-tempat  luka. 
ia juga memberikan peningkatan tenaga badan  untuk bersukan.
Ia juga mempercepatkan menyembuhkan pada masalah patah tulang.




Sabtu, 22 Disember 2018

Bayi bawah 1 tahun tak sesuai dengan Madu

Jangan berikan madu bayi anda sebelum dia berumur setahunwalaupun ia mampu merawat batuk.
Ini kerana madu kadang-kadang mengandungi spora bakteria yang dipanggil "clostridium botulinum". dan perkara ini boleh menyebabkan penyakit Botulism iaitu keracunan makanan yang jarang berlaku pada bayi.
Jika bayi anda menghadapi keracunan makanan botulisme, dia mungkin berlaku sekitar lapan jam hingga 36 jam selepas makan madu.
Hubungi doktor anda dengan segera jika bayi anda telah makan madu, dan kemungkinan bayi tersebut akan menghadapi penyakit tersebut iaitu sembelit dan kekurangan selera makan
JANGAN TAMBAH MADU DALAM MAKANAN BAYI
Satu lagi JANGAN menambah Madu dalam makanan kerana iainya juga boleh boleh merosakkan gigi yang baru muncul Mereka juga boleh menggalakkan gigi manis. Sekiranya anda ingin menambah rasa lebih banyak pada makanan bayi anda, seperti beras bayi atau yoghurt biasa, cuba tambah dengan buah-buahan, pisang basah, atau buah-buahan kering. Makanan ini semulajadi manis dan juga mengandungi vitamin dan mineral berharga.
dan tidak digalakkan juga memberi makanan jenis smoothie buah pada bayi anda atau yoghurt manis. kerana sesetengah yoghurt dan smoothies mengandungi madu.
Rawatan haba semasa pengeluaran mungkin membunuh mana-mana bakteria yang ada, tetapi produk ini masih mengandungi jumlah gula yang tinggi.

Ahad, 29 April 2018

Khasiat Madu




Madu adalah merupakan salah satu di antara beberapa makanan yang disebut di dalam kitab Al-Quran di mana di sebalik penciptaan madu itu terkandung ribuan rahmat dan faedah kepada manusia serta makhluk lain yang mendiami bumi ini.

Artikel ini ingin menghebahkan tentang khasiat madu lebah. Madu lebah memang diakui mempunyai pelbagai khasiat. Ia merupakan penawar kepada pelbagai penyakit. Contohnya, madu lebah dari pokok strawberi di Sardinia, Itali terkenal kerana kesan terapeutiknya yang hebat; madu lebah dari pokok teratai di India boleh merawat penyakit mata; madu lebah Manuka dari New Zealand memang terkenal kerana kesan antiseptiknya yang mengagumkan kerana mampu membunuh bakteria, fungus atau protozoa dan kuman-kuman luka serta ulser.[1] Terdapat banyak lagi khasiat madu lebah ini yang sememangnya didalilkan dalam Al-Quran berkenaannya sebagaimana di dalam Surah An-Nahl; Ayat 69 yang berbunyi “Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia”.

Madu lebah ialah nectar yang pekat dan juga makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang dicampur dengan debunga atau pollenmenjadi makanan asas bagi lebah pada peringkat larva. Madu lebah mengandungi gula asli glukosadan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.[2]


Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 – 26 September 1993 di China.[3] Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada merekasembuh sepenuhnya. Di persidangan yang sama, doktor-doktor dari Poland memberitahu para perwakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam merawat penyakit buasir, penyakit kulit dan sakit puan.[4]


Kajian sains menunjukkan madu lebah kaya dengan bahan antioksidan. Antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas atau free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan akan bertindak ke atas sel-sel sehingga akhirnya melemahkan badan dan sebahagian daripada sel-sel itu boleh bertukar menjadi kanser. Di samping itu, antioksidan juga berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak. Antara antioksidan yang terdapat di dalam madu lebah adalah flavonoidyang mampu mengawal pengaliran darah dan tisu serta mencegah kanser.[5]


Ada pelbagai lagi khasiat atau manfaat madu lebah yang boleh diringkaskan[6] seperti berikut:
Manfaat 1 – Satu kilo madu memiliki 3280 kalori atau sama dengan 50 telur atau sama dengan 1.68 kilogram daging atau sama dengan 5.5 gelas susu.
Manfaat 2 – Sifat madu yang mudah diserap oleh tubuh bertukar menjadi tenaga dan membantu sistem pencernaan sehingga mampu mengurangkan berat badan.
Manfaat 3 – Perut yang sensitif sekalipun mampu mencerna madu atas sifatnya yang unik dan sekaligus membantu usus dan ginjal untuk bekerja lebih baik.
Manfaat 4 – Dalam tempoh 7 minit, madu boleh menambah stamina tubuh dan mampu mengawal lelah.
Manfaat 5 – Mencegah masalah pembuluh darah, membersihkan darah bagi mengelakkan arteriosclerosis.
Manfaat 6 – Berfungsi sebagai antibiotik yang dapat melindungi serangan kuman seperti pathogen dan bakteria.
Manfaat 7 – Madu juga boleh menjadi ekspektoran dan desinfektan ringan yang membersihkan kahak, mengubati radang dan tekak yang kering.
Manfaat 8 – Mengubati luka dan mengelak jangkitan luka, kanser dan luka kulit.
Manfaat 9 – Memperkuatkan sel darah putih yang dapat membunuh bakteria-bakteria jahat seperti E. Coli, Vibrio Cholera dan sebagainya.
Manfaat 10 – Mampu membangkit ghairah seksual.
Manfaat 11 – Mengurangkan kesan yang ditimbulkan oleh racun.
Manfaat 12 – Berfungsi mengawet makanan supaya jauh lebih segar dan tahan lama; dan
Manfaat 13 – Mampu mengatasi masalah sukar mengawal kencing oleh kanak-kanak.


            Tidak dinafikan bahawa Allah s.w.t menjadikan madu sebagai makanan yang menyihatkan dan penawar kepada pelbagai penyakit serta membawa manfaat kepada manusia. Semoga amalan pengambilan madu ini dapat diamalkan secara konsisten untuk faedah kesihatan yang berpanjangan.



Disediakan oleh:
TPR Yusaini Amer bin Abdul Karim
TPR Andi Razalijaya bin A Dadi
Bahagian Perbicaraan & Rayuan
1 Oktober 2013.


Madu Sidir Asli 100% dari Yaman .
Tempahan terus direct dengan kami 
019 6029839
019 6029839

Isnin, 23 April 2018

BENARKAH MADU TAK SESUAI UNTUK BAYI



MADU MERAWAT MASALAH RADANG USUS BAYI



Terdapat kajian yang disiarkan di dalam British Medical Journal yang melapurkan kesan menambah madu ke dalam ORS (oral dehydration solution) yang digunakan untuk mengembalikan tenaga, air dan mineral ke dalam badan bayi yang mengalami radang usus ataupun gastroenteritis. 

Madu digunakan sebagai pengganti gula di dalam ORS.

 Penulis melaporkan bahawa penggunaan madu mengurangkan gejala cirit-birit yang dialami oleh bayi. 

Jadi ia mungkin dapat menjadi alternative kepada gula di dalam ORS. 
Ciri-ciri antibacteria yang terdapat pada madu mungkin dapat membunuh kuman yang bertanggungjawab terhadap radang usus. 

Dalam keadaan ini madu bukan bertujuan untuk merawat tetapi lebih kepada rawatan sokongan. Ini adalah kajian yang berbentuk Case Report ataupun testimony dan bukti daripada kajian seumpama ini adalah lemah. 

 Saya ingin mencadangkan supaya orang ramai terlebih dahulu membawa anak-anak berjumpa dengan doctor kanak-kanak jika anak-anak mereka mengalami cirit birit kerana terdapat banyak kemungkinan punca cirit-birit. 
Merawat sendiri anak-anak yang mengalami cirit birit boleh memudaratkan


Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
MD,MOG (UKM),FGO(S'pore),AM
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Kementerian Kesihatan Malaysia


NAK CARI MADU TERBAIK ?

Rabu, 18 April 2018

MADU UBAT KANSER

Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
MD,MOG (UKM),FGO (S'pore),AM
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Kementerian Kesihatan Malaysia



Madu asli yang dihasilkan oleh lebah mengandungi lebih 200 jenis kompoun, mengandungi terutamanya gula (75% gula ringkas iaitu glukos dan fruktos, 10-15% disakarida iaitu sukros, maltos dan lain-lain), air, enzim, vitamin (B6, riboflavin, niacin, thiamin dan lain2), mineral, kompoun fenolik (flavonoid, asid fenolik), pigmen dan lain-lain. 


Madu juga diketahui mengandungi ciri-ciri antioksidan dan antikeradangan. 

Ciri-ciri ini adalah daripada kandungan kompoun fenolik yang terdapat di dalamnya.
Kualiti sesuatu jenis madu bergantung kepada kandungan asid fenolik dan dikatakan kandungan kompoun asid fenolik paling tinggi di dalam madu manuka, madu monofloral daripada New Zealand, madu tualang dan madu buckwheat monofloral. Kandungan fenolik di dalam madu berbeza daripada 86 hingga 1141 mg/kg. 

Kaedah pengukur kandungan fenolik ini juga perlu dipersoalkan kerana jika kaedah yang digunakan tidak betul, maka ia boleh memberi gambaran yang salah tentang isi kandungan fenolik.

 Contohnya jika pengkaji menggunakan kaedah Folin-Ciocalteau untuk mengukur fenolik, bacaan yang diberikan nanti adalah lebih tinggi daripada nilai sebenar (”overestimated”). Isu yang paling bersar adalah biovailabiliti madu ini apabila diambil oleh manusia, maksudnya berapakah kandungan fenolik yang akan dapat masuk ke dalam aliran darah apabila manusia meminum madu tulin. 

Kajian ke atas bioavailabiliti ini masih terhad, tetapi ada kajian ke atas madu buckwheat yang menunjukkan kandunagn fenolik di dalam plasma meningkat selepas 2 jam mengambil madu (dos 1.5 gm/kg madu) dan bertahan untuk selama 6 jam. (1, 2).




Madu dikaitkan dengan pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan di dalam rencana ini saya hanya akan menumpukan tentang salah satu khasiat madu yang didakwa dapat menjadi penawar penyakit kanser. 

Kejadian kanser adalah proses yang sangat kompleks, saya telah menulis tajuk ini panjang lebar di dalam rencara terdahulu. 

PUNCA TERJADI KASER :
Kanser terjadi akibat daripada kelainan genetik dan interaksi dengan faktor-faktor luar yang menjadi ko faktor. 

Akibat daripada kelainan genetik ini juga menyebabkan berlaku kelainan metabilisma tisu sehingga menjadi punca transformasi sel yang normal kepada sel-sel kanser. 

Kelainan genetik dan epigenetik boleh berlaku akibat daripada proses semulajadi yang berlaku secara spontan dan juga akibat daripada pendedahan ke atas karsinogen melibatkan gen perencat kanser serta onkogen. 

Kejadian kanser juga ada dikaitkan dengan proses keradangan yang berlaku serta penglibatan radikal bebas. 

Melalui pemahaman inilah wujudnya andaian bahawa sifat antioksidan dan antikeradangan yang ada di dalam madu mungkin mempunyai kesan positif terhadap kanser.

CIRI-CIRI ANTIKANSER DI DALAM MADU

Terdapat beberapa ciri yang membuatkan sesuatu bahan menjadi antikanser. 

Di antara ciri-ciri tersebut adalah 
1. Antiproliferatif (anti pembiakan sel),
2. Apoptotik (mematikan sel), 
3. Merencat faktor tumbesaran (growth factors inhibition), 
4. Anti-keradangan dan lain-lain lagi. 

Madu telah menjalani kajian dari semua aspek ini walaupun semua kajian-kajian tersebut adalah kajian makmal. 

Berikut adalah beberapa fakta mengenai hasil kajian terhadap madu dan potensinya sebagai antikanser.

CIRI-CIRI ANTIPROLIFERATIF (ANTI PEMBIAKAN SEL)

Kajian-kajian tentang ciri antiproliferatif madu ini adalah kajian makmal ke atas lapisan sel-sel kanser di dalam makmal, 

terdapat kajian ke atas lapisan sel kanser pundi kencing, usus besar dan juga melanoma. 

Ciri-ciri antiproliferatif ini di dapati ada di dalam madu. 

Madu manuka yang tulin digunakan untuk menguji kesan ini terhadap lapisan sel kanser payudara, melanoma dan kolon tikus. 

Madu tualang juga telah didapati menunjukkan ciri-ciri antiproliferatif lapisan sel kanser mulut, kanser payudara, kanser pangkal rahim, leukemia dan sel tulang (osterosarcoma). 

Ramai ahli sains percaya ciri-ciri antiproliferatif ini adalah daripada kandungan fenolik di dalam madu. 

Satu lagi jenis madu yang menjalani ujian makmal ini adalah madu gelam ke atas lapisan sel kanser usus besar. 

Madu tualang didapati mengandungi kandungan fenolik  dan flavonoid yang lebih tinggi daripada madu gelam.

 Kajian-kajian juga menunjukkan tindakbalas yang berbeza daripada jenis madu yang berbeza serta jenis lapisan sel-sel kanser. 
Kebanyakan kajian tidak memberi maklumat terperinci dari segi jumlah lapisan sel-sel kanser yang digunakan. 

Gula dalam Madu :
Kandungan gula di dalam madu juga menentukan kesan madu sebagai antiproliferatif sebab gula diperlukan oleh sel kanser dan pada waktu yang sama dipercayai mempunyai kesan antimutagenik (mencegah mutasi gen). 

Kesan antimutagenik ini dikesan paling tinggi oleh madu Buckwheat. Kesan antimutagenik lebih kepada mencegah berlakunya transformasi sel berbanding dengan kesan antiproliferatif yang lebih kepada menghentikan pembiakan sel.

Terdapat juga kajian yang mengambil ekstrak daripada madu untuk melihat kesan antiproliferatif madu, 
contohnya mengambil Chrysin salah satu kompoun fenolik. 

Kesan toksik chrysin ditemui ke atas lapisan sel kanser melanoma. 

Kesan-kesan cytotoxic Chrysin ke atas lapisan sel kanser 
payudara, 
prostat, 
servik, 
hati, 
paru-paru 
dan pankreas juga ditemui. 

Chrysin juga dikesan mempunyai ciri-ciri apoptotik ke atas sel kanser hati, usus besar, prostat, payudara dan paru-paru. (3,4). 

Satu lagi kompoun fenolik yang digunakan untuk kajian ini adalah quercetin ke atas lapisan sel kanser pundi kencing, kanser serviks, ovari dan payudara. 

Apa yang menarik adalah ujian2 menggunakan kompoun ini secara bersendirian memerlukan kepekatan yang lebih tinggi jika dibandingkan kandungannya di dalam madu asli. 
Ini membawa kepada andaian bahawa di dalam madu asli tersebut terdapat bahan-bahan antiproliferatif lain yang bekerjasama bagi menghasilkan kesan yang lebih besar. Bahan-bahan lain ini masih tidak dapat diketahui oleh ahli sains.

CIRI MERENCAT FAKTOR TUMBESARAN

Di samping kesan antiproliferatif, kesan ke atas faktor tumbesaran (growth faktor)  juga dikaji. Setiap kanser mempunyai faktor tumbesarannya sendiri yang jika diransang akan meningkatkan saiz kanser dan jika direncat boleh mengecil dan menghapuskan sel-sel kanser. Walaupun terdapat kajian kesan madu ke atas faktor tumbesaran yang dilakukan di dalam makmal ke atas lapisan sel kanser payudara dan kanser usus besar, keputusan daripada kajian2 ini masih belum mencukupi untuk mengatakan madu mempunyai kesan ke atas faktor tumbesaran.(5,6,7)

CIRI APOPTOTIK (MEMBUNUH SEL)

Kesan apoptotik adalah kesan mematikan sel. Kajian mengenai kesan madu di dalam mematikan sel pernah dilakukan ke atas lapisan sel kanser leukemia menggunakan madu Spanish. Kajian ini menunjukkan kesan positif apoptotik pada kepekaran tertentu madu ini. (8)

Madu juga didapati mempunyai kesan mematikan sel-sel kanser yang dihidapi oleh haiwan. 

Kajian ke atas kanser yang diperolehi daripada tikus dilakukan, suntikan terus ke atas kanser dilakukan menggunakan 0.1 ml, 20% madu selama 3 minggu. Kajian ini menunjukkan memang ada kesan apoptotik ke atas kanser yang dihidapi oleh tikus ini apabila disuntik dan diberi makan madu yang berkenaan. Kajian ini adalah ke atas haiwan dan tidak dilakukan perbandingan dengan madu tiruan ataupun campuran gula.Madu manuka telah menunjukkan kesan apoptotik ke atas lapisan sel kanser payudara dan melanoma.(9, 10).

Kajian terhadap madu tualang pernah dilakukan ke atas lapisan sel-sel kanser payudara dan servik juga menunjukkan kesan antikanser (11). Kajian terhadap madu gelam dilakukan ke atas lapisan sel kanser usus besar juga menunjukkan kesan yang sama (12).

CIRI ANTI-KERADANGAN (ANTI-INFLAMATORI)

Keradangan ataupun inflamatori adalah tindak balas biologi ke atas kecederaan. Keradangan mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memainkan peranan penting di dalam proses kejadian penyakit. Keradangan boleh menjadi bermanfaat dan jika berlebihan boleh memudaratkan. 

Sejenis bahan dikenali sebagai cytokines dihasilkan oleh sel-sel inflamatori yang boleh meransang pembentukan saluran darah baru (angiogenesis) serta pembiakan stroma. Manakala kerosakan akibat daripada radikal bebas ke atas tisu badan boleh meransang kerosakan gen sel-sel badan. 

Proses ini dengan disusuli dengan proses lanjutan yang kompleks boleh menyebabkan transformasi sel normal kepada sel kanser. 

Kaitan di antara keradangan dan kejadian kanser memang diketahui oleh ahli sains apabila mendapati banyak jenis kanser berlaku ditempat yang ada berlaku keradangan kronik. 
Salah satu jenis cytokines adalah intereukin yang dikesan mempunyai ciri-ciri tumorigenik (ransang ketumbuhan) dan proantiogenik (ransang saluran darah baru). 

Kajian makmal ke atas madu tulis menunjukkan bahawa ia mempunyai kesan merencat penghasilan interleukin menggunakan lapisan sel kanser usus besar manusia.  

Walau bagaimanapun kesan ini tidak dihasilkan oleh fenolik. 
Ahli sains tidak dapat memastikan apakah bahan yang bertanggungjawab, berkemungkinan daripada modulasi sistem imun menghasilkan radikal bebas. 

Terdapat juga bukti kajian ke atas tikus yang menunjukkan kesan ransangan sistem imun oleh madu. Kajian kecil ke atas 10 orang manusia dilakukan dengan memberi makan madu sebanyak 1.2 gm/kg selama 2 minggu mendapati pengambilan madu sebanyak 1.2gm/kg yang dilarutkan di dalam 250 mls air menyebabkan peningkatan bilangan sel monosit di dalam darah sebanyak 50% dan sedikit peningkatan sel limfosit dan eosinofil. (14). 

Di sebaliknya pula terdapat juga kajian yang menunjukkan madu juga mempunyai kesan meransang keradangan iaitu ciri-ciri yang bertentangan, ini mengelirukan ahli sains. Contohnya kajian menggunakan madu manuka, pasture dan jelly bush menunjukkan madu-madu ini juga meransang  penghasilan interleukin dan TNF alfa apabila menggunakan madu 1%.

PENCEGAHAN KANSER

Kajian ke atas kesan madu bagi mencegah dan meningkatkan keberkesan rawatan kanser telah cuba dijalankan ke atas haiwan. Madu tualang dan madu manuka diberikan kepada tikus pada dos 1gm/kg berat badan satu minggu sebelum kanser diransang ke atas tikus tersebut. Kanser tersebut dapat dicegah dengan madu berkenaan di mana madu manuka didapati lebih berkesan daripada madu tualang (15). 

Menyuntik madu ke atas kanser pundi kencing yang dihidapi oleh tikus pernah dilakukan dan saiz kanser ini didapati menurun selepas rawatan(9). Kajian makmal (menggunakan lapisan sel payudara manusia) juga menunjukkan bahawa madu tualang dapat meningkatkan keberkesanan Tamoxifen melawan kanser payudara (16). 

Madu manuka juga didapati mengurangkan kesan toksi ubat antikanser paclitaxel ke atas tikus. 

Di dalam kajian ini , madu manuka 50% dibri suntikan intravena. Bentuk kajian yang sama dilakukan menggunakan campuran madu lebah (madu, royal jelly, pollen grains)  ke atas tikus yang mengambil cyclophosphamide .Pemberian madu tulin sebanyak 500 mg/kg/hari kepada tikus selama satu minggu mengurangkan kesan toksik ke atas buah pinggang yang diakibatkan oleh cisplatin. Madu mengandungi antioksidan tetapi pada pandangan ahli sains, pengambilan antioksidan mempunyai kesan serampang dua mata kepada kanser kerana antioksidan boleh mengganggu keseimbangan di antara antioksidan semulajadi dan radikal bebas yang terdapat di dalam badan manusia. Walaupun radikal bebas boleh merosakkan sel-sel normal, ianya juga berperanan memusnahkan sel-sel yang tidak normal termasuk sel-sel prakanser dan sel-sel kanser. Mengambil antioksidan dari luar pada kuantiti yang banyak boleh mengubah keseimbangan tadi dan boleh memberi kesan mudarat ke atas badan.


POTENSI KEGUNAAN MADU KE ATAS PESAKIT KANSER



Ahli sains berjaya menemui tanda-tanda antipembiakan sel di dalam madu walaupun kajian ini dilakukan di dalam makmal. Pendek kata potensi madu untuk dijadikan kaedah rawatan kanser adalah munasabah di masa hadapan jika ahli-ahli sains menjalankan kajian yang lebih lanjut. Walau bagaimanapun, setakat rencana ini ditulis, belum ada bukti yang kukuh untuk menggunakan madu bagi tujuan merawat aatupun mencegah kanser. Madu mungkin dapat digunakan untuk tujuan melegakan gejala dan merawat luka akibat daripada penyakit kanser. Contohnya pesakit kanser yang mengalami luka di bahagian belakang akibat daripada berbaring untuk jangkamasa yang panjang. Luka ini dinamakan ”pressure sore” ataupun ”bed sore” yang disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan ke atas kulit belakang sehingga bekalan darah di kawasan tersebut terjejas dan berlakulah pengelupasan kulit dan seterusnya jangkitan. Terdapat kajian yang dilakukan ke atas 40 orang pesakit kanser yang mengalami ”pressure sore” dan pengkaji mendapati dengan menggunakan madu dan sapuan antibiotik ke atas luka ini, kadar penyembuhannya lebih baik serta masalah kesakitan dapat dikurangkan. (17)  Lund Nielsen dan rakan-rakan menggunakan madu manuka untuk merawat luka akibat kanser (malignant wound) payudara, kanser leher dan kepala dan mendapati madu yang disapukan ke atas luka tersebut mengecil sebanyak 62% dan membersihkan luka disamping mengurangkan bau yang busuk (18). Madu membantu mempercepatkan penyembuhan luka melalui beberapa cara iaitu menurunkan pH permukaan luka, anti keradangan dan antibakteria. Antibakteria yang terkandung di dalam madu boleh digunakan untuk membunuh beberapa jenis bacteria yang mengalami kerintangan contohnya MRSA (Methicillin resistant Staphylococus aureus) (19). Bahan antibakteria yang terdapat di dalam madu dipercayai datangnya daripada methylglyoxal dan hydrogen peroksida.



Sakit mulut dan radang pada kulit saluran makanan yang dinamakan mucositis sering berlaku ke atas pesakit kanser samada akibat daripada rawatan kemoterapi ataupun radioterapi yang diberikan pada bahagian kepala dan tekak. Kajian penggunaan madu ke atas pesakit kanser leher dan tekak yang menerima rawatan radioterapi telah dilakukan dan kajian metaanalisis menunjukkan madu berpotensi untuk digunakan bagi mengurangkan risiko mucositis oleh pesakit-pesakit ini pada kadar 80% lebih rendah. (20) . Kajian menggunakan madu untuk merawat mucositis yang dialami oleh pesakit kanser kanak-kanak juga dijalankan di mana pesakit-pesakit ini mengaplikasikan madu asli  pada lapisan kulit mulut dan lidah kemudiannya berkumur dengan air alkaline saline 4-6 kali sehari. Kaedah yang sama juga digunakan untuk mencegah mucositis. Kajian ini menunjukkan bahawa madu dapat mengurangkan risiko mucositis, jangkitan bacteria, jangkitan fungus dan memendekkan tempoh tinggal di hospital.(21)

Memandangkan madu mengandungi antioksidan, pakar kanser agak khuatir jika ianya diberikan bersama dengan rawatan kanser samada kemoterapi ataupun radioterapi. Antioksidan akan menyahaktifkan radikal bebas sedangkan radikal bebas yang ada di dalam badan tidak semuanya memudaratkan kerana ianya juga digunakan untuk menghapuskan sel-sel yang tidak normal termasuk sel kanser. Apabila antioksidan diberikan, kesan radikal bebas ke atas sel-sel kanser ini akan dikurangkan dan dikhuatiri ini akan mengurangkan keberkesanan rawatan kanser. Sebab itu ramai pakar kanser tidak menggalakkan pesakit mengambil sebarang antioksidan semasa rawatan diberikan, tetapi ianya boleh diamalkan selepas selesai rawatan.Walau bagaimanapun ini hanya terhad kepada mengambil madu di dalam bentuk makanan dan minuman. Manakala menggunakan madu untuk tujuan setempat (topical) ke atas lapisan kulit mulut dan luka tidak akan memberi kesan negatif ke atas rawatan kanser.
 
KESAN SAMPINGAN MADU

Madu telah digunakan semenjak berkurun-kurun yang lalu sebagai sumber nutrisi dan juga merawat luka. Setakat ini belum ada lapuran kesan sampingan yang serius dialami oleh kebanyakan pengamal. Walau bagaimanapun memandangkan terdapat banyak jenis madu dengan kualiti yang berbeza dan ada di antaranya diproses dan tercemar maka  potensi kesan sampingan boleh terjadi akibat daripada pengambilan madu yang tidak mengikut peraturan ataupun secara berlebihan. Isu berkenaan dengan kesan sampingan madu dibincangkan dengan panjang lebar di dalam rencana tulisan saya di sini.

 KESIMPULAN

Madu sememangnya didapati mempunyai kesan manfaat ke atas manusia sebagai sumber nutrisi dan juga digunakan untuk merawat luka serta mengurangkan keradangan. Ahli Sains perubatan tidak menafikan tentang adanya nilai-nilai pengubatan yang terdapat di dalam madu. Apa yang istimewa tentang madu adalah ianya mudah diperolehi, murah, senang diambil dan setakat ini majoriti pengamal madu tidak mengalami kesan sampingan yang serius. Walau bagaimanapun kajian ke atas madu dan kesannya ke atas penyakit kanser masih terlalu awal. Semua kajian yang dilakukan berkaitan antara madu dan kanser adalah kajian makmal dan kajian haiwan. Walaupun banyak kajian yang dilakukan itu menunjukkan kesan positif samada antiproliferatif, antikeradangan, apoptotik dan merencat ransangan faktor tumbesaran, ianya tidak cukup untuk dijadikan alasan menggunakan madu untuk merawat ataupun mencegah kanser ke atas manusia. Di samping itu ahli sains juga masih tidak dapat menentukan apakah sebenarnya kompoun yang bertanggungjawab memberi ciri-ciri tersebut walaupun ramai yang yakin ianya disebabkan oleh fenolik. Ciri-ciri dan kualiti madu juga berbeza-beza mengikut sumber, tempat ianya dihasilkan, cuaca, penyimpanan dan juga pembungkusan. Ahli sains juga menghadapi masalah untuk menentukan apakah dos yang sesuai diambil dan jangkamasa pengambilan. Kajian lanjut yang lebih besar perlu dilakukan dan potensi madu untuk digunakan sebagai bahan pengubatan adalah cerah jika ahli sains berjaya mengesan kompoun yang paling aktif, dos yang optima dan kaedah pemberian yang terbaik. Di samping itu ahli sains juga perlu mengkaji kesan menggunakan madu bersama dengan kaedah rawatan kanser yang lain bagi menjamin keberkesanan rawatan kanser. Sehingga rencana ini ditulis, rawatan kanser hendaklah diberikan dengan kaedah rawatan kanser moden yang dikendalikan oleh pakar kanser yang terlatih. Madu masih dianggap sumber makanan dan suplemen bagi tujuan membekalkan tenaga dan mempercepatkan penyembuhan luka.

INGIN MENCARI MADU ASLI TERBAIK ? Klik SINI

RENCANA INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI PENULIS DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA INSTITUSI DAN PERTUBUHAN. TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL MANA-MANA ISI KANDUNGAN RENCANA INI UNTUK TUJUAN PENYIARAN ATAUPUN TULISAN LAIN TANPA KEBENARAN PENULIS.



INGIN MENCARI MADU 100% ASLI ? 

Klik SINI

KENAPA MADU SIDIR